Sejak akhir-akhir ini, saya terbaca di akhbar-akhbar tempatan, pihak polis telah memberkas berpuluh-puluh rakyat Iran. Kenapa? Menyeludup dadah.

Harap-harap, kerajaan Malaysia akan mempertimbangkan semula kemudahan visa percuma untuk 90 hari bila memasuki negara kita untuk rakyat Iran. Memang betul, kita seagama, cuma berlainan mazhab, tetapi, nampaknya kemudahan ini telah mula disalahgunakan oleh mereka.

Sepanjang saya bekerja di syarikat penerbangan ini, saya perhatikan, sejak dua atau tiga tahun kebelakangan ini, semakin ramai pelancong dari negara Iran. Boleh dikatakan, hampir kesemua yang datang ke Malaysia, tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Kadangkala, soalan yang paling mudah seperti "Siapa nama awak?", mereka tidak dapat menjawab, kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Saya sungguh hairan. Kalau mereka tidak fasih, atau sekurang-kurang faham asas bahasa Inggeris, mengapa mereka masih melancong ke negara kita? Saya juga cukup musykil, kalau mereka tidak boleh berbahasa Inggeris langsung, kenapa tidak atau paling tidak, bawa bersama seseorang yang boleh menterjemah bahasa Inggeris ke bahasa Parsi dan sebaliknya? Kalaulah saya, saya tidak akan biarkan ibu saya yang tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, melancong ke luar negara tanpa saya atau abang/kakak saya.

Mungkin DADAH adalah salah-satu sebabnya. Wallahua'alam.