Haaaiii..... tersangat-sangatlah geram dengan satu syarikat penghantaran ni.
Ceritanya macam ni. Hari Selasa baru ni (11JAN), kiter beli car seat untuk Ilyas. Yelah, tak lama lagi, perut dah makin memboyot, macam mana nak pangku dia dalam kereta. Kiter beli online di www.littlewhiz.com. Kalau nak beli terus dari bilik pameran lilttlewhiz, memanglah boleh. Tapi nun jauh di Shah Alam. Kiter pulak bukan ada masa sangat nak berjalan jauh-jauh tu. Car seat ni pula, antara yang paling murah, tetapi banyak komen positif. Jadi, kiter pun belilah. Harga termasuk kos penghantaran sekitar RM280.
Disebabkan kiter buat GIRO transfer, jadi barang tidak dapat dihantar pada hari yang sama. Pihak littlewhiz, perlukan masa untuk mengesahkan pindahan wang tersebut. Itu kiter sedia maklumlah.
Keesokan harinya, kiter terima email daripada pihak littlewhiz, mengatakan mereka telah menerima pindahan wang. Jadi, mereka telah menghantar barang tersebut pada 12JAN, dan kiter akan terima barang itu pada 14JAN. Kiter beri alamat pejabat hubby. Sebab car seat tu berat dekat 10kg. Kiter tak mampu nak angkut barang tu dari office ke parking.
Tunggu punyer tunggu, hingga ke tengahari, masih juga tak muncul-muncul. Selepas makan tengahari, kiter cuba hubungi pihak syarikat penghantaran. Walaupun kiter sudah beri no resit penghantaran, staff syarikat tu masih lagi bertanya semua maklumat kiter. Pertama kali, tak mengapalah. Tapi kalau setiap kali kiter telefon, bertanya perkara yang sama, tak naik angin ke?
Staff tersebut berjanji akan menelefon kiter semula. Tetapi saya minta dia hubungi hubby. Senang, sebab dia yang akan menerima barang tersebut. Bila kiter cek dengan hubby, tiada siapa pun yg menghubungi dia. Oklah. Pertama kali.
Kiter hubungi semula syarikat tersebut. Hmmm.. masih bertanyakan maklumat kiter. Takpelah. Kiter jawab juger. Kemudian, staff itu kata, pemandu tidak dapat dihubungi. Kiter dah bagitau, office hubby tutup pukul 5.30. Jadi dia pun janji akan hubungin hubby selewat-lewatnya 4.30 petang.
Haaiii.. pukul 4.30 pun masih tak telefon lagi. Sekitar 5.15 petang, kiter hubungi lagi sekali. Lagi sekali bertanyakan maklumat penghantaran dari kiter. Kiter pun tanyalah, kenapa tak hubungi hubby. Jawapan "Masih tak dapat hubungi driver lah. Dia dah offkan telefon dia". Aaaaaaaaaaaaarrrrrggghhhhh!!!! Terlopong kiter dibuatnya.
Perbualan selanjutnya :
Kiter : Macam mana kalau barang tu hilang?
Staff : Oh takkan hilang Puan. Barang tu dengan driver.
Kiter : Kalau driver hilang, barang tu pun akan hilang juga la kan? Dia pun awak tak dapat hubungi? Macam mana? Macam mana kalau hilang?
Staff : Macam nilah Puan, Puan telefon kita balik esok pagi. Kiter boleh hantar esok
Kiter : Tapi esok office suami saya tutup.
Staff : Takpe, Puan boleh beri alamat rumah, dan kita akan hantar ke rumah.
Hari ini, bila kiter telefon lagi.
Kiter : Boleh tolong cek consignment note ni......?
Staff : Hantar bila, siapa nama puan, hantar ke mana?
Dalam hati kiter, geram sungguh. Masih bertanya lagi soalan yang sama ke? Syarikat ni takde sistem yang simpan semua maklumat ni ke?
Kiter : Saya sepatutnya terima barang semalam. Tapi you guys kata, tak dapat hubungi driver. Hari ni office suami saya tutup.
Staff : Oh kalau macam tu, kita arrange hari Isnin lah.
Kiter : LAAAAAAAAAAAAAAAAA SEMALAM KATA BOLEH HANTAR KE RUMAH
Staff : Oh kalau macam tu kasilah alamat rumah. Tadi kata office tutup, sebab tu nak arrange hari Isnin.
He has no idea, I'm getting pissed off already. Why didn't your colleague write something or indicate in the remarks, that I want them to send to my house today! OH YAAA.. I FORGOT, THEY DONT HAVE THE BLOODY SYSTEM. IF THEY HAVE, THEY WILL NOT ASK MY NAME, MY CONTACT NO, AND DELIVERY ADDRESS OVER N OVER AGAIN!!!!!!
Staff : Nanti saya cuba cek dulu dan akan hubungi Puan semula
Kiter : Dari semalam kata nak call, tak pernahnya call.
Rupa-rupanya, hari ini pun, pemandu tersebut masih tidak dapat dihubungi. Subhanallah. Pihak littlewhiz kata, hari Isnin pemandu tersebut akan masuk pejabat. I wish. If not, meletup lah lagi jawabnya.
Setiap kali kiter tanya, macam mana kalau barang hilang, pihak syarikat penghataran, dan pihak littlewhiz, seakan tidak dapat memberi jawapan yang tepat. Haaaaiii...
0 comments:
Post a Comment