Petang Jumaat, masa ambil Ilyas dari rumah babysitter, Kak Syikin, hidung dia meleleh. Kak Syikin kata, badan dia dah mula panas. Kiter memang standby ubat demam dalam bakul Ilyas. So, petang tu Kak Syikin dah kasi Ilyas.
Kebiasaannya, Ilyas lepas makan ubat demam, dia akan OK. Tapi malam tu, badan dia semakin panas. Tak pernah rasa badan dia sepanas tu. Letak Kool Fever pun, masih tak reda. Letak kain lembab pun sama juga. Takde perubahan. Nak ke klinik, dah agak lewat. Tak pasti kat mana ada klinik 24 jam di Cyberjaya. Kalau di Ampang, tu melambak-lambak.
Keesokan harinya, ingatkan balik ke Banting untuk Hari Keluarga. Tapi keadaan Ilyas masih tak berubah. Masih panas badannya. Dan buat pertama kali, dia mula merengek dan mengamuk. Satu malam dia tak tidur. Badan kurang sedap. Tambahan pula, di bahagian belakang kepalanya, macam ada satu benjolan. Rupa macam bisul, tapi tak pasti. Yang pasti, kalau terkena tangan kiter sekali pun, dia akan menangis sekuat-kuat hati. Sampai merah padam mukanya. Kalau dibaringkan pun, Ilyas akan mengiringkan kepalanya ke kiri atau ke kanan.
25 Disember, cuti umum. Klinik Dr Uma, tutup. Jadi kiter cadang nak cuba klinik baru di Neo Cyber. Tutup juga. Aiishh.. Nampaknya, terpaksa ke Dengkil jugalah. Klinik Harmoni, klinik yang sangat-sangat kiter tak berkenan. Sebelum sampai klinik tu, kiter masih boleh rasa kepala Ilyas sangat panas. Terasa macam kulit kiter kena cahaya matahari yang terik.
Doctor : Kenapa ni?
Me : Dia demam doc
Doctor : Selsema? Batuk?
Me : Selsema, ye. Batuk so far belum lagi
Dia keluarkan termometer dan cek suhu badan Ilyas
Doctor : Hmm..tak demam ni. You ada kasi ubat ke?
Me : Ha? Tak demam. Tapi malam tadi badan dia panas sangat-sangat. Last saya kasi ubat demam 4 pagi tadi.
Doctor : Hmm.. tak.. dia tak demam.. saya kasi ubat selsema jelaa dan antibiotik.
Me : Lagi satu doctor, saya perasan kat belakang kepala dia ni macam ada bisul laa
Doctor : Bisul laa tu kot (without even checking properly). Ke kena gigit semut api?
Me : Setau saya, takde pun semut api kat rumah saya.
Doctor : Hmm.. tak pela.. saya kasi ubat sapu sekali.
Kiter tak puas hati. Sampai rumah, kiter ambik suhu badan Ilyas sekali lagi (thanks for my boss, sebab hadiahkan termometer untuk Ilyas). Bacaan dia 37.6. Subhanallah... itu dia kata tak demam. Kiter ni mak dia. Kiter tau dan dapat rasa bila dia demam. Kak Syikin pun boleh tau Ilyas demam. Macam mana doctor tu kata Ilyas tak demam. Eeeeee... geramnya.
Kalau tanya Doc Naza pasal bisul tu, mesti Doc Naza akan cek dan confirmkan, apa bende yang kat kepala Ilyas tu. Ini doc satu ni, boleh kata "bisul KOT!" Hello, siapa yang doctor ni? Bukan ke awak puan doctor. Kenapa tak tengok kepala Ilyas tu betul-betul dan cek dan confirmkan bende yg terbonjol kat kepala budak kecik tu.
Nasib baiklah, ubat-ubat yg diberi, sangat bagus. Dalam masa sehari, hidung Ilyas dah kurang meleleh. Dan "bisul" tu pun dah keluar nanahnya. Pagi tadi, bila kiter cuba pegang dan sikit tekan "bisul" tu, Ilyas tak melalak lagi dah.
I hate this. Mr Sinus is coming back. This time, he treats me really bad. He's with me for almost 24/7. :(
Shall I call my darling Mr Spirulina, Mr Sinus? Well, may be I should because I can't stand you anymoooorreee!!! Please go away Mr Sinus. I hate you. You're not needed anymore.