Sabrina, NOT a teenage witch

It's all about me, my life, my family, my interest, my feeling, everything about me.

Setelah pulang dari menghantar Ilyas ke sekolahnya pagi tadi, aku sempat melayari FB. Mata tertarik dengan satu perkongsian kisah seorang wanita Muslim (yang aku kira bukan di Malaysia). Sejujurnya, aku bukan tertarik dengan kisahnya, tetapi aku tertarik dengan satu komentar dari salah seorang pembaca. Seorang pemuda, dari Malaysia.

Serba ringkas, kisah wanita tadi sedang makan di sebuah restoren. Tidak jauh dari mejanya, ada satu keluarga kecil dan mereka bukan Muslim, seorang ayah dan dua anak perempuan. Masih kecil anak-anak itu dan faham-faham sajalah, anak-anak kecil dengan mulut becok dan tidak henti-henti bertanyakan MENGAPA itu dan MENGAPA ini.. Anak-anak ini terlihat wanita Muslim ini dan terus bertanya "Ayah, mengapa wanita itu berpakaian sebegitu?". Wanita Muslim itu berhijab rupa-rupanya. Respon si ayah, "Di dunia ini ada banyak agama, budaya dan bahasa. Kita patut belajar semua itu".

Pada wanita Muslim itu, jawapan si ayah sangat diplomasi dan dapat dilihat si ayah cuba mengajar anak-anaknya supaya tidak bersikap perkauman.

Berbalik kepada komentar yang menarik perhatianku tadi. Pemuda tersebut mengatakan, di Malaysia, semasa dia belum pun menjejakkan kaki ke sekolah rendah, hanya ada satu sahaja pra-sekolah yang berteraskan Islam, iaitu PASTI. Cuma sejak akhir-akhir ini sahaja lebih banyak pra-sekolah yang Islamik tumbuh bak cendawan selepas hujan. Menurutnya, ada kajian mengatakan disebabkan ramai ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke PASTI, anak-anak ini tidak dapat bercampur dengan anak-anak dari bangsa atau agama lain. Apa sebenarnya maksud saudara ini ye?

Hmmmm.... aku kurang setuju, dan ramai lagi kurang bersetuju dengan pemuda ini. Aku dahulu hanya bersekolah di kampung. Arwah Bapak, hantar aku belajar di tadika KEMAS. Dan disebabkan di kampungku boleh dikatakan 100% orang Melayu, jadi sejak di tadika hinggalah tamat sekolah rendah, aku tidak pernah berkawan dengan anak-anak dari bangsa atau agama lain. Masuk sekolah menengah, aku bersekolah di sekolah agama, dan berasrama. Tiga tahun aku di sana (akan ku ceritakan nanti mengapa aku hanya belajar tiga  tahun sahaja di sekolah itu walaupun keputusan PMR aku sangat cemerlang), pun aku tidak punya rakan-rakan dari bangsa/agama lain di sekolah. Hmmm.. paling "lain" hanyalah kerana seorang seniorku, berdarah kacukan. Sangat menonjol, yelaa, anak mat saleh kat tengah-tengah lautan anak-anak melayu totok kan? Hehehe.. Maaf bang, bukan setakat nama abang pun saya tak ingat.

Hanyalah bila aku bertukar ke sekolah harian biasa, aku dapat berkawan dengan anak-anak dari bangsa/agama lain. Aku masih ingat nama-nama mereka. Yong Lee Fun, seorang gadis Cina yang berkawan baik dengan seorang gadis India (peminat tegar Andy Lau) bernama Mogana. Mereka satu kelas dengan ku. Oh, seorang lagi gadis tiong hua, Teo Ai Nee. Kaligrafi cinanya sangat cantik dan mengagumkan, tetapi sedikit lemah dalam matapelajaran Bahasa Melayu.

Aku juga berkawan baik dengan seorang pemuda Cina dari kelas sebelah. Vincent, nama keluarga aku dah lupa, Chan kalau tidak silap. Kami agak rapat dan selalu bersembang di koridor ketika waktu rehat.

Apa yang aku cuba sampaikan ialah, di mana kita belajar, bukan penentu sama ada kita boleh bergaul dan berinteraksi dengan orang lain yang bukan seagama dan sebangsa. Secara jujur, bila aku sudah mula bekerja, aku lebih mudah rapat dengan orang Cina. Sepanjang hampir 13 tahun aku berkhidmat di syarikat penerbangan, hanya aku seorang Melayu yang berada di kaunter tiket. Selebihnya, Cina atau India. Kalau ikut logik/kajian pemuda tadi, mana mungkin aku mampu berinteraksi atau lebih extreme lagi BERKAWAN RAPAT dengan orang yang bukan sebangsa? Aku rasa, di mana aku belajar dahulu, bukan sebab musabab aku tidak boleh bergaul dengan mereka.

Suatu waktu dahulu, Bapak berniaga. Kedai runcit. Kedai Bapak memang menjadi tumpuan jiran-jiranku. Yelah, dahulu, bukan senang untuk ke pekan. Jadi, kedai runcit Bapaklah tempat mereka mendapat bekalan makanan dan sebagainya. Siapa pembekal Bapak? Kebanyakannya orang Cina. Di pekan, ramai pekedai Cina yang mengenali Bapak. Dan Bapak boleh berbahasa Cina (walaupun beberapa perkataan) dengan mereka. Mereka sangat rapat dan saling hormat-menghormati.

Jadi, apa kena-mengena pra-sekolah Islamik dengan perkauman? Aku rasa, yang penting ibubapa perlu tahu memainkan peranan mereka dalam menangani isu perkauman. Sekolah tidak boleh/patut disalahkan 100%. Noktah.


Hmmm too bad my camera tgh rosak. If not, I can upload some of pictures of my projects last Sunday.


It was tiring as I only slept for like 3 hours. But I'm happy. 


1st project - strawberry muffin. I got these little strawberries from Hock Choon. Hmmm nampak je kecik, tapi sebenarnya dah agak ranum. I did try the recipe using canned peach. Since it was a success and since I have fresh strawberries, so why not. Furthermore, I want it to be my desert for my Sunday meal.


2nd project - dinner rolls. Waaaah first time my yeast betul-betul proofed. Tapi sayangnya tertumpah :( Haaaaiii tangan gatal. Tapi my dough still rised beautifully. I'm so excited. Tapi tulah, the crust was damn hard. Well, apa nak kata dah lidah malaysian, memang lah asyik mencarik roti yg lembut manjang.


3rd project - roasted chicken with vegetables for Yanty and family. Dua niat, I told them. Firstly sebab nak berterima kasih pinjamkan kereta tahun lepas. Maakk aaaiihh.. dah dekat 2 tahun baru nak balas jasa tu. Apa nak kata, oven lama result tak bagus. Secondly, nak minta pendapat diaorang. Kiter nak start bisnes kecik2. Alaa home based je. 


I slept at around 3 a.m. Kes menunggu my bread naik. Then 6.30 pagi dah bangun semula utk start roasting the chicken. Very tiring but I'm happy. Dah lama tak spend time alone in the kitchen. 


Next project, cupcakes for my officemate, Emily. Wish me luck!

He's 2 today. Yeay! Perangai sudah macam-macam. Masih belum boleh bercakap sangat. Yang paling cute, kasut dia panggil KAKI! Tak berak pun dia kata "Rak!, Rak!". Gggrrrrrr... Tapi ada masa betul lah. 

Walaupun dah banyak akal, he's actually very sweet boy. Kalau Najlaa nangis, dia cepat-cepat carikkah pacifier and sumbat mulut dia. Kalau kat shopping mall, Najlaa jalan sendiri, dia akan datang kat Najlaa and letak tangan dia kat belakang Najlaa. Sometimes siap pimpin Najlaa lagi.

Tapi, kalau tengah gaduh. Hmmmm.. dialah yg menangis lebih-lebih. :D

Anyway, happy birthday my dear Ilyas. Moga-moga membesar dgn sihatnya, no more hospital ye darling. Moga menjadi anak yang soleh, dan manusia yg berguna. Mummy loves you sooooo much.

Muhammad Ilyas Izzat was born on 26JUN10, 0915hrs, weight 3.65kgs at Hospital Razif, Klang


Baru dapat adik, lepaking kat rumah Mak
Please ignore the surronding. Focus on Ilyas, dah bersiap nak beraya kat rumah Mak


Anak Abah. Pantang dapat buku

My sweet little boy, Ilyas
 

Taadaaaaaa... inilah hadiah ulangtahun dari Encik Suami. Katanya, lepas ni tunggulah another 8 years baru dapat hadiah lain. First of all, I never asked for present. Second of all, hati sangat-sangat suka, walaupun lepas ni takde hadiah pun tak kisah. Dengan adanya bende-bende ni, harap-harap dapatlah bantu Encik Suami untuk tambah pendapatan keluarga sikit-sikit. Product, belum final lagi. Tapi antara yang masuk senarai pendek buat masa sekarang ni, tat nenas ibu mertuaku. :D

Walaupun bukan branded, tapi hati sgt2 suka. Walaupun dapurku yg sempit, menjadi semakin sempit, hati tetap suka :D

I thought I want to be the first to wish, instead, he called me this  morning and hugged me, and whispered "Happy anniversary, Sayang". :D

I didn't get anything for him yet. I thot of getting shaver, but.. I don't know.

Anyway, he bought really, really big present for me. Dah order, tapi belum sampai je. Kalau dah sampai, I will update here.

 Alhamdulillah, Iman Najlaa my second born turns one today. Semoga adek membesar dgn sihatnya, :D dan insya-Allah menjadi anak yg solehah.

Najlaa - 1 day old. At Ward 2B, katil 16.

One year ago, around this time, adek and mummy dah selamat berehat kat wad dah. But I will never forget the experience. Subhanallah.. walaupun ramai doktor yg bebel kat mummy sebab mummy got pregnant less than a year lepas c-section. Special "thanks" to the doc yg kat Metro Hospital, Banting lah kan. Tapi, don't get me wrong, tak pernah terpikir utk "buang" adek atau tak nak terima adek. Mummy bersyukur sangat dapat adek.

Najlaa - almost 3 months
To be honest, it was not the easiest pregnancy. Macam-macam dugaan. Abang Ilyas masuk hospital after one month Abah went for minor surgery lah. Abah and Mummy accident lah. Mummy could not sleep because of severe sinus lah. Kalau dapat tidur pun, tidur duduk. Mummy hari-hari stress, sampai keluar rumah jalan-jalan pukul 2-3 pagi, sorang-sorang. Kesian Abah n Abang. Darah tinggi and kecing manis lagi. Haaaaii.. memang macam-macam.

Najlaa - 6 months. Ini walker kakak Tasha.
Tapi adek, Mummy mintak maaf. Mummy tak jaga diri Mummy masa pregnantkan adek. Mummy didn't take supplement as much as masa pregnantkan Abang. Mummy main telan je ubat selsema. Mummy bantai nenas n coke almost everyday. If something is not right, Mummy is to be blamed. 

At the same time, Mummy wants to thank Adek, sebab "beri" Mummy peluang untuk rasa normal birth. I was worried I could not make it. But it seems, Adek tak sabar-sabar nak keluar, walaupun nurse semua marah Mummy and asked me to tahan until 10cm. It was still 7cm, tapi kepala Adek dah kat bawah. Bila doktor sampai, doktor suruh Mummy push and after 4th push, Adek dah selamat keluar. 

Najlaa at 11 months.
I was sooo happy. Mummy tak boleh tak senyum walaupun sebenarnya Mummy dah hilang banyak darah. My blood pressure was very low. Tapi bila tgk Adek tidur diam-diam sebelah Mummy, Mummy jadi kuat. Alhamdulillah, tak perlu masuk darah langsung. Cuma kena ambik supplement saje.

Bila nak discharged, doktor baby check Adek. Doktor kata Adek ada Mongolian features. Sedihnya hati Mummy. Tapi Mummy takkan buang Adek. Tiap-tiap hari Mummy monitor perkembangan Adek. Alhamdulillah, sampai sekarang pada Mummy, Adek normal. In fact perkembangan Adek is faster than Abang. Adek umur 11 bulan dah pandai jalan. Abang, ngam-ngam umur dia setahun, baru dia jalan. 

Adek, thanks for the experience and sorry for everything. Be good and Mummy doakan Adek selamat dunia dan akhirat, jadi manusia yg berjaya dan berguna. Happy birthday Iman Najlaa Izzat.
One-year-old Najlaa nak keluar jalan-jalan dengan Mummy. Biskut or roti mesti kena ada.Iman Najlaa Izzat, was born on 11JUN11, 0420 hrs, weight 2.96kgs

p/s: nak tau kenapa Mummy letak nama Najlaa? Masa Mummy kat SMAP, Labu dulu, ada sorang senior Mummy nama Najlah. She's sooooo beautiful. Sangat-sangat cantik and her name for me is as beautiful as she is. So I named you after her. And according to my Iraqi friend, Najlaa mean "big beautiful eyes". And yes, you have very very big eyes. Semua orang geram tgk mata Adek. :D

I had nasi dagang  this morning. I really miss nasi dagang mak cik Ampang Point. That's what I call her since I don't know her name. Her nasi dagang is the best so far in KL. 

I miss her too. Last time, when I was still working at Alif Travel, I would go to her stall with Kak Yang. And she likes to tease us "Haaa tu dia, KEMBAR dah mai.. mana satu kakak, mana satu adik ni?" Errrrkk... of course Kak Yang was so happy because it makes her feel younger. Jarak umur kami 9 tahun, and people would still ask which is the older one. Haaaiissshhh..

Bila lah nak dapat makan kat sana lagi. Ntah ada lagi ntah tidak mak cik tu kat situ.

Islamic Calendar

About this blog

It's all about me, my life, my family, my interest, my feeling, everything about me.

Followers

You're no